Tuesday, July 7, 2015

Percutian ke Pulau Perhentian Terengganu

Masa ni, aku plan ke Perhentian waktu mid term break. dah lama teringin nak ke situ. Aku ke Pulau Perhentian main redah je tanpa menggunakan apa2 khidmat travel agent. banyak je travel agent di instagram dan internet. tapi di sebabkan aku pernah ditipu oleh travel agent hari tu, jadi perasaan serik tu pasti ada. tak semua travel agent tu penipu. kita kena lah pandai cari.
Sebelum aku redah je gi Perhentian, aku banyakkan buat research. yela, tempat orang yang kita tak pernah pergi. tambah orang macam aku ni. pemalu nak tanya orang. so memang kena banyak la buat research.
Nak pergi Pulau Perhentian ni boleh guna jalan darat dan naik flight. tp aku sarankan guna jalan darat la. tak kisah la nak naik bus ke nak drive ke. tp macam aku ni, memandangkan yang pergi Perhentian ni cuma aku berdua, so lebih baik naik bus. jimat pun jimat. sebab apa aku sarankan guna jalan darat?? sebab nak ke Pulau Perhentian kena naik boat dari Kuala Besut. kalau naik bus atau pun naik kereta, memang berhenti betul2 dekat dengan jetty. jalan kaki je dari sini ke jetty. tapi kalau naik flight, kena beli tiket ke Kota Bahru. Kuala Besut lebih dekat dengan Kota Bahru berbanding dengan Kuala Terengganu. according to bloger2, dari Kota Bahru ke Kuala besut mengambil masa dalam 45 minit. kalau naik teksi dari airport ke Kuala Besut lebih kurang RM80-RM100 macam tu. so macam tak berbaloi kalau naik flight.

Sampai je jetty, korang kena beli tiket speed boat RM70 sorang pergi balik and bayar marine park fee RM5 sorang. perjalanan speedboat dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa 30 minit macam tu. oh sebelum tu. Pulau Perhentian, terbahagi kepada dua. satu perhentian kecil dan satu lagi perhentian besar.
perhentian kecil ni lebih kepada backpackers macam aku. nak bercuti dengan bajet yang se minimum boleh.
Perhentian besar lebih kepada hotel hotel yang mewah dan tempat utk percutian keluarga.
Untuk aku, aku stay di Long beach. Long beach memang happening utk budak2 muda. sebab waktu malam memang meriah. tempat makan dekat Long Beach ni pun senang je nak carik. banyak sangat gerai2 tepi pantai dan makanan dia pun tak kurang sedapnya.
aktiviti di perhentian, mestilah segala2nya laut. pagi petang siang malam, semuanya laut. yela kat bandar kan tak dapat suasana macam ni. so masa ni lah kita kena gunakan peluang tu sebaik2 mungkin.

Selepas survey2 chalet yang murah dan selesa, aku pilih untuk stay di Rock Garden Chalet. dah nama pun chalet, tak boleh lah nak hope hotel bertaraf 5 bintang. asal ada tempat tidur yang selesa sudah. Rate untuk Rock Garden chalet ni ialah RM50 satu malam untuk bilik yang berkipas sahaja. Bilik air?? haa, part ni korang kena share bilik air di luar. laki perempuan dia campur je. tapi kalau nak yang ada yang attach bath room sendiri mahal sikit lah rate dia. dalam RM100++ ke atas satu malam.
Actually ada je chalet yang lebih murah dan siap ada attach bathroom sendiri. banyak je chalet2 yang murah dekat perhentian ni. kena pandai cari lah. yang penting bersih dan selesa.

Kat atas tu la Rock Garden chalet

Ni pemandangan dari balcony bilik

Bilik di Rock Garden chalet
Aktiviti Keesokkan harinya harus lah SNORKELING! tak sah la kan kalau tak buat snorkeling dekat perhentian ni. untuk orang yang main redah je datang perhentian tanpa guna apa2 pakej dan travel agent macam aku ni, korang boleh je cari pakej2 snorkeling tepi2 pantai. banyak je kedai2 yang offer pakej snorkeling.
standard pakej snorkeling kat sana untuk full day RM50 untuk 6 tempat. salah satunya shark point, n turtle point. haa kat situ kalau nak tgk shark dengan turle depan mata, pergi la snorkeling. tp malangnya masa tu aku tak berpeluang pulak nak jumpa shark. berpeluang jumpa penyu pun penyu lah kan..
Tips untuk bersenorkeling di Pulau Perhentian
1.pasti kan korang dah sarapan dulu sebelum snorkeling. sebab snorkeling ni memang la satu aktiviti yang memenatkan.
2. Pastikan korang bawak roti2 untuk bagi ikan makan. nak bagi semua ikan berkumpul datang dekat kita. yela kan bila lagi nak rasa berenang dengan ikan2. (*pastikan dah beli dulu roti ataupun sneak di Kuala Besut, sebab roti dan sneak dekat perhentian ni tersangat lah mahal. n roti pun kadang2 tak fresh n susah nak cari*)
3. Bawak lah air minirel siap2. kan kita dah berjemur dalam laut tu. dengan masin air laut lagi. memang boleh kering tekak.
4. Jangan lupa bawak duit untuk snorkeling. disarankan supaya beli waterproof casing yg universal tu. semua phone boleh guna. boleh letak phone n boleh letak duit. untuk siapa yang tak ada GoPro mcam aku ni, beli lah waterproof casing tu. boleh selfie skali dengan ikan2 tu. hehe.
untuk siapa yang tak ada waterproof casing tu, boleh suruh abang boatman tu jagakan barang korang atas boat.
Sebab apa aku suruh bawak duit?? sebab utk check point ke 4, boatman tu akan bawak korang ke Kampung nelayan untuk makan tengah hari. diaorang akan suruh korang makan dulu sebelum sambung snorkerling di check point ke 5. memang lapar. walaupun aku dah makan pagi sebelum snorkeling, lepas tu mesti kebulur. ye la, aktiviti air kan..
5. Yang mana yang takut sangat kulit ni hitam dan terbakar macam aku ni, bawak lah sunblock siap2 ye.
Air laut dia memang jernih.
Habis je snorkeling, aku pergi hiking untuk ke Kincir Angin. nak tengok pemandangan Pulau Perhentian dari atas bukit. Hiking mengambil masa dalam 20-30 minit. memang penat. untuk siapa2 yang nak naik ke kincir angin, di sarankan bawak lah air banyak2 sebelum naik. sebab nak sampai ke kincir angin tu, memang tak ada orang jual air. kiri kanan depan belakang memang hutan. memang penat. kalau nak pergi tu, make sure pergi dalam group ok?
Nak hiking ke kincir angin senang je, korang ikut wayar cable elektrik kat situ. Insyaallah takkan sesat.
Actually ada je perkhidmatan teksi boat yang offer untuk ke kincir angin. dalam RM10 satu hala. kalau pergi balik dalam RM20. tapi tu la, tak best la kalau naik boat. bila lagi nak dapat pengalaman macam tu kan.
sampai je kat atas kincir angin, terpegun dengan permandangan yang sangat2 cantik. penat mendaki ni terus hilang lepas tgk pemandang dari atas. korang boleh nampak view Laut Perhentian dari atas.
tengok laut yg biru macam tu, apa lagi tak lepaskan peluang lah untuk terjun dalam laut tu kan. hehe
Pemandangan dari Kincir angin.


Air laut yang sangat jernih



5 comments:

  1. Salam...
    pakej perkhidmatan 4d3n kat Bandung (hotel and transport)....murahhhhh sampai pingsannnnn

    butiran perjalanan

    Day 1
    > Airport bandung
    >Pasar Baru membeli belah
    >Trans studio
    >Toko Tiga (Branded Jeans)
    >Factory outlet
    >Dinner

    Day 2
    >Gunung Tangkuban Parahu
    >Lunch at kopi luwak caffe
    >Wisata naik kuda deranch
    >Strawberry and tea park
    >Floating market
    >Farm house
    >Dusun bambu{cadangan}
    >Kampung daun{cadangan}
    >Rumah Mode
    >Cihampelas Jeans Centre
    >Paris van java
    >Dinner

    day 3
    >Kawah putih
    >Valley hot spring
    >Cibaduyut street area kulit
    >Asia afrika
    >Tebing keraton(cadangan)
    >Kartika sari
    >Dinner

    Day4
    >Check out hotel bandung
    >Airport transfer bandung

    term and condition

    *total rate nye per person adalah
    395rm per person if 2 person
    330rm per person if 3 person
    285rm per person if 4 person
    250rm per person if 5 person
    235rm per person if 6 person

    *rate included transportation type kereta is toyota avanza or suzuki apv (petrol,parking,pemandu,kereta dan high way tiket)

    *1 room dimuat 2 person tak dijoin so selesa sangat, semasa 4day 3night included buffet breakfast. hotel kat bandung adalah

    #Hotel 3star#

    -Dpalma
    -Hyperin
    -Vio Cihampelas
    -Summit Siliwangi
    -Raffles Home

    *rate is not included lunch and dinner

    *rate is not included entrance fee per kereta and entrance fee per person at tempat lawatan dengan itenerary

    *no hidends charge

    Call
    +62 878 24 600 700

    WhatsApp &Line
    +62 81 220 375 375

    Semoga informasi yg saya berikan dapat memudahkan urusan untuk bercuti ke bandung.
    Terima kasih.
    Wassalam...wr..wb.

    ReplyDelete
  2. LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI,

    PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.

    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  3. Salam.. awak pergi walk in jer ka?? Rock garden chalet tu main redah check in or ade call book dulu??

    ReplyDelete
  4. Salam.. awak pergi walk in jer ka?? Rock garden chalet tu main redah check in or ade call book dulu??

    ReplyDelete
  5. Salam awak nak Tanya Bole X Saya dapatkn no telephone direct Rock garden chalet ? Please Ni email nadzirahyazid96@gmail.com

    ReplyDelete