DAY 1
Memandangkan tiket flight pun pukul 8 lebih, jadi kitaorg sampai di Langkawi international airport, dekat2 pukul 10 macam tu la. sampai je airport, terus cari teksi untuk ke Pekan Kuah. di pekan kuah lah tempat kitaorg bermalam. kenapa di kuah,,??? sebab ramai yang kata suka duduk di area pantai cenang. dekat dengan laut and night life kat sana pun happening. haa, sebab dengan bajet yang minimum tapi nak hotel bertaraf 5 bintang, terpaksalah duduk di pekan kuah. sebab area Pantai Cenang harga hotel satu malam mahal. yela, mengadap pantai kan. memang la mahal. tapi kalau tanya aku, which one i'd prefer, mesti lah Kuah. sebab apa?? haa,, selepas di survey semua hotel yang selesa, review yang bagus, dan yang paling penting murah aku pun stay la kat Azio Hotel. Rate Azio Hotel ni lebih kurang RM80 satu malam. kalau duduk ramai2, lagi lah jimatkan. banyak je, hotel yang lagi murah n lagi mahal kat pekan kuah tu, terpulang lah mana yang korang nak. ikut keselesaan dan bajet. banyak2 lah buat research ye.
mula-mula aku pikir, tak pa lah, tak mengadap laut pun tak pa lah. janji duit tak keluar macam air. Tp bila dah Stay kat Pekan Kuah, rasa macam sebaik aku duduk Pekan Kuah n tak duduk di Pantai Cenang.
1. Sebab dekat dengan kedai makan melayu yang murah2.
2. Sebab dekat dengan stesen Minyak dan ATM
3. Sebab dekat dengan tempat shopping. macam building Haji ismail.(*sebaik la aku shopping masa hari last*)
4. Sebab dekat dengan Jetty. pada sesiapa yang naik ferry ke Pulau Langkawi tu, disarankan duduk lah Pekan Kuah. sebab Jetty ke Pekan kuah lebih kurang 10 minit. tp kalau dari Airport lebih kurang 20-30 minit ke Kuah. kalau naik teksi dari airport tu kena cas dalam RM30-40 untuk ke kuah.
5. Bila kau dah sampai langkawi, confirm korang akan sewa motor or kereta kan. so pergi la ke laut sendiri. in fact, dekat island hopping tu pun korang dah mandi laut. balik hotel tinggal tidur je.
So sampai je di Hotel, terus check in. malam tu pikir lapar dan ngantuk. memandangkan kitaorang sewa kereta pada keesokan hari nya, so dah prepare beli meggi dekat airport takut malam2 lapar pulakkan. bila sampai je pekan kuah, laa,, banyak rupanya gerai dan kedai makan berdekatan hotel. dari hotel jalan kaki je ke kedai depan untuk makan. lepas makan naik bilik then tidur.
Ni bilik Hotel kitaorg, so far bersih n bilik air dia, memang rasa insecure sikit. tp ada langsir untuk tutup dinding transparent tu. maybe hotel ni sesuai untuk honeymoon kot. hehe |
DAY 2
keesokkan paginya, orang sewa kereta tu hantar kereta betul2 depan hotel. oh ya, rate kereta yang aku sewa myvi RM70 sehari. pinjam 3H2M dapat lah RM140.
mula2 pergi survey pakej island hopping. first pergi area pantai cenang, harga island hpping murah sikit dari pekan kuah. bila decide, tak apa lah, mahal, amik island hopping dekat kuah je la. sebab kalau amik kat pantai cenang, kena drive ke pantai cenang. tp kalau amik kat kuah, diaorg amik betul2 depan hotel. oh ye, pada siapa yang nak carik pakej island hopping or snorkeling di pekan kuah boleh cari dekat Jetty. dekat jetty banyak sangat kaunter yang jual pakej tu. harga island hopping dalam RM35 seorang.
Ni area Pantai cenang. |
Passambur ketam. sedapp!! |
lepas habis naik cable car n main2 dekat atas tu, hari pun dah gelap. disebabkan hari dah gelap plan nak pergi ke beras terbakar hancur lebur, sebab beras terbakar tutup pukul 6pm. plan nak balik makan malam n tidur. sebab esok island hopping pagi. oh ya,, sebelum balik hotel tu, kitaorg pergi dataran helang skejap. dataran helang dengan hotel tak jauh. lebih kurang 5-10 minit.
Dataran helang |
DAY 3
Keesokkan paginya, tepat pukul 9am orang van dah ada kat bawah. sampai kena tinggal lah kitaorg sebab lambat. tahu je la, kalau dah semua perempuan tu mmg lambat la bersiap. jetty untuk ke island hopping tak lah jauh sangat dari hotel lebih kurang 5 minit macam tu. haa, jetty untuk ferry lain ye dengan jetty island hopping. yang ni jetty island hopping. mula2 diaorg bawak kita pergi bagi helang makan, lepas tu pergi mandi laut dekat beras basah. last sekali pergi tasik dayang bunting. tips, kalau boleh pakai la baju basah terus, tak payah la nak pakai baju cantik2, mmg susah pun nak carik tempat persalinan. n lagi satu, jaga2 lah beg korang. memang banyak sangat monyet2 yang pantang nampak beg plastik. tak tahu lah, diaorg ni main ambik je, monyet2 tu bukannya tahu dalam tu cuma ada barang2 je. so hati2 lah.
island hopping |
Tasik Dayang Bunting |
Sunset di Tanjung Rhu |
dah habis tengok sunset balik hotel carik makan malam pulak. makan malam untuk hari ketiga ni kitaorg makan dekat2 dengan jetty island hopping Pekan kuah tu. Makan malam mengadap laut,, fuuhh.. tenang je.
DAY 4
Hari terakhir di Pulau Langkawi, pukul 11am check out hotel. plan untuk hari ni, lepas makan tengah hari nak pergi kolam air panas dulu sebelum SHOPPING !
kolam air panas pun tak jauh dari Pekan Kuah, dalam 10-15 minit. (*kan aku dah cakap pekan kuah ni semua dekat,, hehe*). masuk free je. sambil lepak2, rendam kaki dalam air panas, tengok sawah sawah padi. memang relax..
Kolam Air panas |
Shopping !! |
Last day, sebelum balik, kitaorg makan dulu dekat gerai tepi airport yang aku makan masa 1day tu. yang bestnya gerai tu,, sebab betul2 mengadap laut. sambil makan cendol, dengar ombak laut, rasa angin.. rinduuu oii..
Hari pun dah lewat. kena pergi airport, pulang kereta dekat airport and terpaksa lah ucap selamat tinggal Langkawi. insyaallah akan pergi lagi.
nak tanya... ap nama kedai makan best yg dekat airport tu ya? nak g langkawi ni.. nak tau sgt...
ReplyDeleteThe Hollywood Casino - JamBase
ReplyDeleteThe Hollywood 속초 출장샵 Casino · The Hollywood 나주 출장샵 Casino 경산 출장안마 · Duel 이천 출장안마 Casino 정읍 출장안마 · Hollywood Casino · Hollywood Casino in Las Vegas, NV · Hollywood Casino Resort