Sebelum aku redah je gi Perhentian, aku banyakkan buat research. yela, tempat orang yang kita tak pernah pergi. tambah orang macam aku ni. pemalu nak tanya orang. so memang kena banyak la buat research.
Nak pergi Pulau Perhentian ni boleh guna jalan darat dan naik flight. tp aku sarankan guna jalan darat la. tak kisah la nak naik bus ke nak drive ke. tp macam aku ni, memandangkan yang pergi Perhentian ni cuma aku berdua, so lebih baik naik bus. jimat pun jimat. sebab apa aku sarankan guna jalan darat?? sebab nak ke Pulau Perhentian kena naik boat dari Kuala Besut. kalau naik bus atau pun naik kereta, memang berhenti betul2 dekat dengan jetty. jalan kaki je dari sini ke jetty. tapi kalau naik flight, kena beli tiket ke Kota Bahru. Kuala Besut lebih dekat dengan Kota Bahru berbanding dengan Kuala Terengganu. according to bloger2, dari Kota Bahru ke Kuala besut mengambil masa dalam 45 minit. kalau naik teksi dari airport ke Kuala Besut lebih kurang RM80-RM100 macam tu. so macam tak berbaloi kalau naik flight.
Sampai je jetty, korang kena beli tiket speed boat RM70 sorang pergi balik and bayar marine park fee RM5 sorang. perjalanan speedboat dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa 30 minit macam tu. oh sebelum tu. Pulau Perhentian, terbahagi kepada dua. satu perhentian kecil dan satu lagi perhentian besar.
perhentian kecil ni lebih kepada backpackers macam aku. nak bercuti dengan bajet yang se minimum boleh.
Perhentian besar lebih kepada hotel hotel yang mewah dan tempat utk percutian keluarga.
Untuk aku, aku stay di Long beach. Long beach memang happening utk budak2 muda. sebab waktu malam memang meriah. tempat makan dekat Long Beach ni pun senang je nak carik. banyak sangat gerai2 tepi pantai dan makanan dia pun tak kurang sedapnya.
aktiviti di perhentian, mestilah segala2nya laut. pagi petang siang malam, semuanya laut. yela kat bandar kan tak dapat suasana macam ni. so masa ni lah kita kena gunakan peluang tu sebaik2 mungkin.
Selepas survey2 chalet yang murah dan selesa, aku pilih untuk stay di Rock Garden Chalet. dah nama pun chalet, tak boleh lah nak hope hotel bertaraf 5 bintang. asal ada tempat tidur yang selesa sudah. Rate untuk Rock Garden chalet ni ialah RM50 satu malam untuk bilik yang berkipas sahaja. Bilik air?? haa, part ni korang kena share bilik air di luar. laki perempuan dia campur je. tapi kalau nak yang ada yang attach bath room sendiri mahal sikit lah rate dia. dalam RM100++ ke atas satu malam.
Actually ada je chalet yang lebih murah dan siap ada attach bathroom sendiri. banyak je chalet2 yang murah dekat perhentian ni. kena pandai cari lah. yang penting bersih dan selesa.
Kat atas tu la Rock Garden chalet |
Ni pemandangan dari balcony bilik |
Bilik di Rock Garden chalet |
standard pakej snorkeling kat sana untuk full day RM50 untuk 6 tempat. salah satunya shark point, n turtle point. haa kat situ kalau nak tgk shark dengan turle depan mata, pergi la snorkeling. tp malangnya masa tu aku tak berpeluang pulak nak jumpa shark. berpeluang jumpa penyu pun penyu lah kan..
Tips untuk bersenorkeling di Pulau Perhentian
1.pasti kan korang dah sarapan dulu sebelum snorkeling. sebab snorkeling ni memang la satu aktiviti yang memenatkan.
2. Pastikan korang bawak roti2 untuk bagi ikan makan. nak bagi semua ikan berkumpul datang dekat kita. yela kan bila lagi nak rasa berenang dengan ikan2. (*pastikan dah beli dulu roti ataupun sneak di Kuala Besut, sebab roti dan sneak dekat perhentian ni tersangat lah mahal. n roti pun kadang2 tak fresh n susah nak cari*)
3. Bawak lah air minirel siap2. kan kita dah berjemur dalam laut tu. dengan masin air laut lagi. memang boleh kering tekak.
4. Jangan lupa bawak duit untuk snorkeling. disarankan supaya beli waterproof casing yg universal tu. semua phone boleh guna. boleh letak phone n boleh letak duit. untuk siapa yang tak ada GoPro mcam aku ni, beli lah waterproof casing tu. boleh selfie skali dengan ikan2 tu. hehe.
untuk siapa yang tak ada waterproof casing tu, boleh suruh abang boatman tu jagakan barang korang atas boat.
Sebab apa aku suruh bawak duit?? sebab utk check point ke 4, boatman tu akan bawak korang ke Kampung nelayan untuk makan tengah hari. diaorang akan suruh korang makan dulu sebelum sambung snorkerling di check point ke 5. memang lapar. walaupun aku dah makan pagi sebelum snorkeling, lepas tu mesti kebulur. ye la, aktiviti air kan..
5. Yang mana yang takut sangat kulit ni hitam dan terbakar macam aku ni, bawak lah sunblock siap2 ye.
Air laut dia memang jernih. |
Nak hiking ke kincir angin senang je, korang ikut wayar cable elektrik kat situ. Insyaallah takkan sesat.
Actually ada je perkhidmatan teksi boat yang offer untuk ke kincir angin. dalam RM10 satu hala. kalau pergi balik dalam RM20. tapi tu la, tak best la kalau naik boat. bila lagi nak dapat pengalaman macam tu kan.
sampai je kat atas kincir angin, terpegun dengan permandangan yang sangat2 cantik. penat mendaki ni terus hilang lepas tgk pemandang dari atas. korang boleh nampak view Laut Perhentian dari atas.
tengok laut yg biru macam tu, apa lagi tak lepaskan peluang lah untuk terjun dalam laut tu kan. hehe
Pemandangan dari Kincir angin. |
Air laut yang sangat jernih |