Saturday, September 12, 2015

Percutian ke Pulau Redang Terengganu

Aku plan untuk bercuti di Pulau Redang pada Ogos 2015. tapi baru sekarang geti nak update blog. Jujur aku cakap, Pulau Redang adalah tempat percutian yang paling cantik setakat ni yang pernah aku pergi. Dalam Malaysia je pun. baru pegi Redang dah rasa kagum sangat. belum lagi pergi Maldives or Bora-bora kan. hehe. kalau orang tanya aku, antara Perhentian dan Redang mana lagi cantik. dan jawapannya mestilah Pulau Redang. Kejernihan air dan pantai dia memang jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan Perhentian. tempat penginapan pula?? mestilah Redang much much bersih dan selesa. and in fact, Redang memang padat dengan aktiviti. Tapi tu lah, Redang cost sikit la dari Perhentian. Tp every single cent u spent, memang sangat lah berbaloi. for me dengan tempat yang macam tu, is okay u spent for RM400-RM500 per person. for your information, dekat Redang memang kebanyakkannya guna pakej dan rate ikut per person. kalau korang bawak family... hmmm maybe Perhentian better kot. memangdangkan aku pergi guna pakej, so aktiviti dan makan minum dah diatur. Pakej yang aku ambik ni pakej Redang Lagoon, RM300 seorang termasuk tambang ferry pergi balik, makan minum dan aktiviti snorkeling. aku pilih Redang Lagoon pun sebab dia antara yang paling murah dekat Redang tu. Student macam aku ni nak pergi Laguna memang tak mampu la kan. walaupun murah, tersangatlah berbaloi. bilik dan makanan dia memang terbaik.

Ok Cara untuk ke Pulau Redang, ada dua cara. satu korang boleh naik flight turun di Kuala Terengganu Airport. dan satu lagi, kalau nak jimat boleh la naik bus dan turun di Terminal Kuala Terengganu. Jetty ada dua. satu terletak di Merang. Merang ni aku tak recommend sangat. sebab dia lagi jauh dari airport dan terminal. kalau yang mana drive kereta sendiri tu boleh la terus ke Merang Jetty. dan satu lagi terletak di Shah Bandar Kuala Terengganu. dari terminal bus, boleh jalan kaki kalau nak jimat macam aku. dalam 10-15 minit untuk berjalan ke Jetty Shah Bandar. kalau malas nak jalan kaki tu boleh naik teksi. tambang lebih kurang RM10. Dan pada siapa yang naik flight tu, dari Kuala Terengganu Airport boleh ambik teksi ke jetty Shahbandar. perjalan lebih kurang 30-40 minit dan tambang teksi ke jetty ShahBandar lebih kurang RM30-RM40.
Untuk siapa yang ambik pakej macam aku, dia boleh terus ke kaunter agen tu. tunjuk resit dan terus dapat tiket ferry. untuk siapa yang main redah je tanpa booking, boleh beli tiket ferry RM50 satu hala. and jangan lupa bayar tiket marine park RM5 sebelum naik ferry. and ingat jangan buang tiket tu. hari tu hampir tiket tu aku nak buang. sebaik masih ada dalam beg. sebab nanti hari ke 2 snorkeling, abang boat tu akan mintak tiket tu untuk snorkeling di Marine Park. ohh lupa nak cakap, jadual ferry adalah pukul 9 pagi.10.30 pagi dan 3 ptg. disarankan ambik ferry waktu pagi sebab, pukul 2 ptg dah ada aktiviti snokerling. kalau ambik ferry ptg, korang akan terlepas satu sesi. so pada yang naik bus dari KL macam aku, korang boleh ambik bas tengah malam. sebab perjalan dari KL ke Kuala Terengganu makan masa 7 jam. dan pada siapa yang naik flight tu, kalau boleh ambik lah tiket yang paling awal. biasanya tiket paling awal dalam pukul 7.30 pagi. so korang akan sampai Kuala Terengganu Airport dalam pukul 8.30 pagi. n kena terus rushing ke Jetty shah Bandar. sebab ferry pertama bertolak pukul 9 pagi.
Perjalanan Ferry pula makan masa 1 jam 30minit - 2jam. Memang sempat lagi korang nk tidur satu round. so siapa yang naik bus dari KL tu, perjalanan pergi 12 jam, perjalanan balik dari pulau 12 jam. untuk perjalanan je dah boleh kira satu hari percutian. haha.
memandang kitaorg ambik ferry pukul 9 pagi, sampai Pulau Redang dalam pukul 11 lebih.

Day 1:
Bila dah nak dekat sampai Pulau tu, korang memang kena tukar ferry. sebab ferry yang korang naik dari jetty tu tak boleh sampai ke pantai. Bila sampai je, terus terpukau dan ayat yang ashik keluar dari mulut aku cantik gila !!!! Laut dia memang biru habis !! pasir pun putih sangat! memang tak rugi aku plan untuk gi Redang.
ok dari tempat korang turun bot tu (betul2 depan Laguna Redang), boleh la carik tempat penginapan yang korang nak. macam Redang Lagoon, jalan beberapa tapak je dah sampai.
dah sampai tu, pergi check in dulu. bila dah dapat bilik, kemas barang2, tukar baju apa semua. sebab pukul 12 dah start makan tengah hari. makanan kat sana semua buffet. so boleh la tambah berapa banyak yang korang nak.
lepas makan tengah hari, pukul 2 ptg dah ada aktiviti snorkeling. untuk mask dan life jaket korang kena tambah lain. aku bayar dalam RM20. duit pakej tak temasuk harga untuk equipment snorkeling.
Lepas balik snorkeling tu aku rehat, n minum ptg. lepas minum ptg tu boleh sambung snorkeling tepi pantai. untuk siapa yang takut untuk snorkeling kat deep sea tu, snorkeling kat tepi pantai pun dah cukup. air pun jernih. ikan pun banyak. untuk bagi ikan2 kat redang ni, aku beli satu buku gardenia. tu pun tak cukup. sebab ikan kat sana mmg semua nya kelaparan. belum sempat bagi roti, dah gigit tangan. haha.
Malam pulak kitaorg dinner dengan BBQ. korang boleh pangang lauk berapa banyak yang korang nak. sebab semuanya dah termasuk dengan harga pakej.

Day 2:
Pagi2 pukul 6 dah ramai dah orang lepak kat tepi pantai. sebab nak tengok sunrise. yela bila lagi kan nak rasa suasana macam ni. Breakfast start pul 7.30 pagi. kalau boleh time makan korang datang la secepat yang boleh. bila korang datang lambat, lauk pun banyak habis. lepas makan, siap2 sebab pukul  9 pagi dah ada aktiviti snorkeling dekat marine park. bawak lah tiket marine park tu skali. sebab abang2 boat tu akan mintak tiket tu. macam kitaorg yang tak tahu ni, dia suruh balik ke bilik ambik tiket Marine Park tu.
Dekat Marine park ni ialah tempat snorkeling yang paling best. banyak gilaa ikan besar2 yang korang boleh nampak. air pun jernih. untuk siapa yang tak nak main jauh tu, boleh la duduk tepi2 pantai tu macam budak2 kecik yang datang sini. kat tepi2 tu pun dah banyak dah ikan berenang2 kat sebelah.
Balik je dari Marine Park dalam pukul 12 tengah hari. mandi, tukar baju and terus pergi cafe untuk lunch. lapar woii. duduk dalam laut lama2. lepas makan tu, ada lagi satu sesi snorkeling pukul 2ptg. tp disebabkan geng2 aku ni dah tak larat mengantuk pening semua ada, so decide untuk tak pergi snorkeling ptg tu and rehat dan tidur dalam bilik. dan puas tidur, bangun untuk minum petang, lepas tu sambung snorkeling tepi pantai.
Malam macam biasa, dinner, lepas dinner lepak tepi pantai sebelum tidur.

Day 3:
Last day dekat redang, bangun pagi sarapan. pukul 10 pagi dah kena check out. sebab pukul 11 pagi dah kena naik ferry. macam biasa naik ferry kena ada transit sebelum naik ferry besar. dah sampai Kuala Terengganu, makan, shopping n berangkat untuk pulang. Insyaallah, ada rezeki akan datang Redang lagi.

Laut Redang. air dia memang jernih.

 


View dari depan Redang Lagoon

Sunrise
Waktu malam tepi pantai
Bilik Redang Lagoon. besar dan selesa. Room with airconditional.

with attach bathroom. bilik air pun bersih.

Tuesday, July 7, 2015

Percutian ke Pulau Perhentian Terengganu

Masa ni, aku plan ke Perhentian waktu mid term break. dah lama teringin nak ke situ. Aku ke Pulau Perhentian main redah je tanpa menggunakan apa2 khidmat travel agent. banyak je travel agent di instagram dan internet. tapi di sebabkan aku pernah ditipu oleh travel agent hari tu, jadi perasaan serik tu pasti ada. tak semua travel agent tu penipu. kita kena lah pandai cari.
Sebelum aku redah je gi Perhentian, aku banyakkan buat research. yela, tempat orang yang kita tak pernah pergi. tambah orang macam aku ni. pemalu nak tanya orang. so memang kena banyak la buat research.
Nak pergi Pulau Perhentian ni boleh guna jalan darat dan naik flight. tp aku sarankan guna jalan darat la. tak kisah la nak naik bus ke nak drive ke. tp macam aku ni, memandangkan yang pergi Perhentian ni cuma aku berdua, so lebih baik naik bus. jimat pun jimat. sebab apa aku sarankan guna jalan darat?? sebab nak ke Pulau Perhentian kena naik boat dari Kuala Besut. kalau naik bus atau pun naik kereta, memang berhenti betul2 dekat dengan jetty. jalan kaki je dari sini ke jetty. tapi kalau naik flight, kena beli tiket ke Kota Bahru. Kuala Besut lebih dekat dengan Kota Bahru berbanding dengan Kuala Terengganu. according to bloger2, dari Kota Bahru ke Kuala besut mengambil masa dalam 45 minit. kalau naik teksi dari airport ke Kuala Besut lebih kurang RM80-RM100 macam tu. so macam tak berbaloi kalau naik flight.

Sampai je jetty, korang kena beli tiket speed boat RM70 sorang pergi balik and bayar marine park fee RM5 sorang. perjalanan speedboat dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa 30 minit macam tu. oh sebelum tu. Pulau Perhentian, terbahagi kepada dua. satu perhentian kecil dan satu lagi perhentian besar.
perhentian kecil ni lebih kepada backpackers macam aku. nak bercuti dengan bajet yang se minimum boleh.
Perhentian besar lebih kepada hotel hotel yang mewah dan tempat utk percutian keluarga.
Untuk aku, aku stay di Long beach. Long beach memang happening utk budak2 muda. sebab waktu malam memang meriah. tempat makan dekat Long Beach ni pun senang je nak carik. banyak sangat gerai2 tepi pantai dan makanan dia pun tak kurang sedapnya.
aktiviti di perhentian, mestilah segala2nya laut. pagi petang siang malam, semuanya laut. yela kat bandar kan tak dapat suasana macam ni. so masa ni lah kita kena gunakan peluang tu sebaik2 mungkin.

Selepas survey2 chalet yang murah dan selesa, aku pilih untuk stay di Rock Garden Chalet. dah nama pun chalet, tak boleh lah nak hope hotel bertaraf 5 bintang. asal ada tempat tidur yang selesa sudah. Rate untuk Rock Garden chalet ni ialah RM50 satu malam untuk bilik yang berkipas sahaja. Bilik air?? haa, part ni korang kena share bilik air di luar. laki perempuan dia campur je. tapi kalau nak yang ada yang attach bath room sendiri mahal sikit lah rate dia. dalam RM100++ ke atas satu malam.
Actually ada je chalet yang lebih murah dan siap ada attach bathroom sendiri. banyak je chalet2 yang murah dekat perhentian ni. kena pandai cari lah. yang penting bersih dan selesa.

Kat atas tu la Rock Garden chalet

Ni pemandangan dari balcony bilik

Bilik di Rock Garden chalet
Aktiviti Keesokkan harinya harus lah SNORKELING! tak sah la kan kalau tak buat snorkeling dekat perhentian ni. untuk orang yang main redah je datang perhentian tanpa guna apa2 pakej dan travel agent macam aku ni, korang boleh je cari pakej2 snorkeling tepi2 pantai. banyak je kedai2 yang offer pakej snorkeling.
standard pakej snorkeling kat sana untuk full day RM50 untuk 6 tempat. salah satunya shark point, n turtle point. haa kat situ kalau nak tgk shark dengan turle depan mata, pergi la snorkeling. tp malangnya masa tu aku tak berpeluang pulak nak jumpa shark. berpeluang jumpa penyu pun penyu lah kan..
Tips untuk bersenorkeling di Pulau Perhentian
1.pasti kan korang dah sarapan dulu sebelum snorkeling. sebab snorkeling ni memang la satu aktiviti yang memenatkan.
2. Pastikan korang bawak roti2 untuk bagi ikan makan. nak bagi semua ikan berkumpul datang dekat kita. yela kan bila lagi nak rasa berenang dengan ikan2. (*pastikan dah beli dulu roti ataupun sneak di Kuala Besut, sebab roti dan sneak dekat perhentian ni tersangat lah mahal. n roti pun kadang2 tak fresh n susah nak cari*)
3. Bawak lah air minirel siap2. kan kita dah berjemur dalam laut tu. dengan masin air laut lagi. memang boleh kering tekak.
4. Jangan lupa bawak duit untuk snorkeling. disarankan supaya beli waterproof casing yg universal tu. semua phone boleh guna. boleh letak phone n boleh letak duit. untuk siapa yang tak ada GoPro mcam aku ni, beli lah waterproof casing tu. boleh selfie skali dengan ikan2 tu. hehe.
untuk siapa yang tak ada waterproof casing tu, boleh suruh abang boatman tu jagakan barang korang atas boat.
Sebab apa aku suruh bawak duit?? sebab utk check point ke 4, boatman tu akan bawak korang ke Kampung nelayan untuk makan tengah hari. diaorang akan suruh korang makan dulu sebelum sambung snorkerling di check point ke 5. memang lapar. walaupun aku dah makan pagi sebelum snorkeling, lepas tu mesti kebulur. ye la, aktiviti air kan..
5. Yang mana yang takut sangat kulit ni hitam dan terbakar macam aku ni, bawak lah sunblock siap2 ye.
Air laut dia memang jernih.
Habis je snorkeling, aku pergi hiking untuk ke Kincir Angin. nak tengok pemandangan Pulau Perhentian dari atas bukit. Hiking mengambil masa dalam 20-30 minit. memang penat. untuk siapa2 yang nak naik ke kincir angin, di sarankan bawak lah air banyak2 sebelum naik. sebab nak sampai ke kincir angin tu, memang tak ada orang jual air. kiri kanan depan belakang memang hutan. memang penat. kalau nak pergi tu, make sure pergi dalam group ok?
Nak hiking ke kincir angin senang je, korang ikut wayar cable elektrik kat situ. Insyaallah takkan sesat.
Actually ada je perkhidmatan teksi boat yang offer untuk ke kincir angin. dalam RM10 satu hala. kalau pergi balik dalam RM20. tapi tu la, tak best la kalau naik boat. bila lagi nak dapat pengalaman macam tu kan.
sampai je kat atas kincir angin, terpegun dengan permandangan yang sangat2 cantik. penat mendaki ni terus hilang lepas tgk pemandang dari atas. korang boleh nampak view Laut Perhentian dari atas.
tengok laut yg biru macam tu, apa lagi tak lepaskan peluang lah untuk terjun dalam laut tu kan. hehe
Pemandangan dari Kincir angin.


Air laut yang sangat jernih



Percutian ke Pulau Langkawi

Aku dan rakan2, terfikir untuk ke Pulau Langkawi bila survey both2 and aktiviti di event Matta fair PWTC. Yela, sorang nak di bandar, yang sorang nak ada laut. so bila pikir2, langkawi ada dua,dua. Ada Bandar dan ada aktiviti Laut. Perjalanan ke Pulau Langkawi ada dua cara. satu menggunakan jalan darat. dan satu lagi naik flight. masa tu aku pikir kalau flight mahal, naik je la bus sampai ke Kuala Perlis. Tp kebetulan masa tu AirAsia buat promo RM70 sorang ke Pulau Langkawi pergi dan balik. kira  ok lah kan. Lagi murah dari naik bus dan ferry. Tp nak pilih tiket yang murah pun bukan lah semua waktu. kitaorang ambik tiket flight hari weekdays, tiket pergi dan balik waktu malam. dalam pukul 8pm camtu. so percutian kitaorg bukanlah 3H2M, tapi 4H3M. .

DAY 1
Memandangkan tiket flight pun pukul 8 lebih, jadi kitaorg sampai di Langkawi international airport, dekat2 pukul 10 macam tu la. sampai je airport, terus cari teksi untuk ke Pekan Kuah. di pekan kuah lah tempat kitaorg bermalam. kenapa di kuah,,??? sebab ramai yang kata suka duduk di area pantai cenang. dekat dengan laut and night life kat sana pun happening. haa, sebab dengan bajet yang minimum tapi nak hotel bertaraf 5 bintang, terpaksalah duduk di pekan kuah. sebab area Pantai Cenang harga hotel satu malam mahal. yela, mengadap pantai kan. memang la mahal. tapi kalau tanya aku, which one i'd prefer, mesti lah Kuah. sebab apa?? haa,, selepas di survey semua hotel yang selesa, review yang bagus, dan yang paling penting murah aku pun stay la kat Azio Hotel. Rate Azio Hotel ni lebih kurang RM80 satu malam. kalau duduk ramai2, lagi lah jimatkan. banyak je, hotel yang lagi murah n lagi mahal kat pekan kuah tu, terpulang lah mana yang korang nak. ikut keselesaan dan bajet. banyak2 lah buat research ye.
mula-mula aku pikir, tak pa lah, tak mengadap laut pun tak pa lah. janji duit tak keluar macam air. Tp bila dah Stay  kat Pekan Kuah, rasa macam sebaik aku duduk Pekan Kuah n tak duduk di Pantai Cenang.
1. Sebab dekat dengan kedai makan melayu yang murah2.
2. Sebab dekat dengan stesen Minyak dan ATM
3. Sebab dekat dengan tempat shopping. macam building Haji ismail.(*sebaik la aku shopping masa hari last*)
4. Sebab dekat dengan Jetty. pada sesiapa yang naik ferry ke Pulau Langkawi tu, disarankan duduk lah Pekan Kuah. sebab Jetty ke Pekan kuah lebih kurang 10 minit. tp kalau dari Airport lebih kurang 20-30 minit ke Kuah. kalau naik teksi dari airport tu kena cas dalam RM30-40 untuk ke kuah.
5. Bila kau dah sampai langkawi, confirm korang akan sewa motor or kereta kan. so pergi la ke laut sendiri. in fact, dekat island hopping tu pun korang dah mandi laut. balik hotel tinggal tidur je.
So sampai je di Hotel, terus check in. malam tu pikir lapar dan ngantuk. memandangkan kitaorang sewa kereta pada keesokan hari nya, so dah prepare beli meggi dekat airport takut malam2 lapar pulakkan. bila sampai je pekan kuah, laa,, banyak rupanya gerai dan kedai makan berdekatan hotel. dari hotel jalan kaki je ke kedai depan untuk makan. lepas makan naik bilik then tidur.

Image result for azio hotel
Ni bilik Hotel kitaorg, so far bersih n bilik air dia, memang rasa insecure sikit. tp ada langsir untuk tutup dinding transparent tu. maybe hotel ni sesuai untuk honeymoon kot. hehe

DAY 2
keesokkan paginya, orang sewa kereta tu hantar kereta betul2 depan hotel. oh ya, rate kereta yang aku sewa myvi RM70 sehari. pinjam 3H2M dapat lah RM140.
mula2 pergi survey pakej island hopping. first pergi area pantai cenang, harga island hpping murah sikit dari pekan kuah. bila decide, tak apa lah, mahal, amik island hopping dekat kuah je la. sebab kalau amik kat pantai cenang, kena drive ke pantai cenang. tp kalau amik kat kuah, diaorg amik betul2 depan hotel. oh ye, pada siapa yang nak carik pakej island hopping or snorkeling di pekan kuah boleh cari dekat Jetty. dekat jetty banyak sangat kaunter yang jual pakej tu. harga island hopping dalam RM35 seorang.
Ni area Pantai cenang.
selesai survey, nak carik makan tengah hari. haa, ni cadangan makan tgh hari di pulau langkawi. korang carik gerai2 yang dekat dengan airport tu. dia punya makanan memang sedap tambah dengan makan tepi laut. dengan angin2 laut tu, memang terbaik.
Passambur ketam. sedapp!!
selepas makan tengah hari, tempat wajib mestilah..... cable car. dari tempat makan tu, dah tak jauh dengan cable car. dalam 15-20 minit. harga untuk cable car murah kalau kita warganegara.
lepas habis naik cable car n main2 dekat atas tu, hari pun dah gelap. disebabkan hari dah gelap plan nak pergi ke beras terbakar hancur lebur, sebab beras terbakar tutup pukul 6pm. plan nak balik makan malam n tidur. sebab esok island hopping pagi. oh ya,, sebelum balik hotel tu, kitaorg pergi dataran helang skejap. dataran helang dengan hotel tak jauh. lebih kurang 5-10 minit.


Dataran helang

DAY 3
Keesokkan paginya, tepat pukul 9am orang van dah ada kat bawah. sampai kena tinggal lah kitaorg sebab lambat. tahu je la, kalau dah semua perempuan tu mmg lambat la bersiap. jetty untuk ke island hopping tak lah jauh sangat dari hotel lebih kurang 5 minit macam tu. haa, jetty untuk ferry lain ye dengan jetty island hopping. yang ni jetty island hopping. mula2 diaorg bawak kita pergi bagi helang makan, lepas tu pergi mandi laut dekat beras basah. last sekali pergi tasik dayang bunting. tips, kalau boleh pakai la baju basah terus, tak payah la nak pakai baju cantik2, mmg susah pun nak carik tempat persalinan. n lagi satu, jaga2 lah beg korang. memang banyak sangat monyet2 yang pantang nampak beg plastik. tak tahu lah, diaorg ni main ambik je, monyet2 tu bukannya tahu dalam tu cuma ada barang2 je. so hati2 lah.
island hopping
Tasik Dayang Bunting
habis island hopping dalam pukul 2 macam tu. (*sebenarnya tak puas, kalau boleh nak mandi lama2 lagi*). kitaorg siap2 nak keluar cari laut, tak puas nikmati laut walaupun dah 4jam island hopping. hehehe. dari Pekan Kuah drive ke Tanjung Rhu. lepak Tanjung Rhu sampai lah senja, sebab nak tengok sunset betul2 depan laut.
Sunset di Tanjung Rhu

dah habis tengok sunset balik hotel carik makan malam pulak. makan malam untuk hari ketiga ni kitaorg makan dekat2 dengan jetty island hopping Pekan kuah tu. Makan malam mengadap laut,, fuuhh.. tenang je.

DAY 4
Hari terakhir di Pulau Langkawi, pukul 11am check out hotel. plan untuk hari ni, lepas makan tengah hari nak pergi kolam air panas dulu sebelum SHOPPING !
kolam air panas pun tak jauh dari Pekan Kuah, dalam 10-15 minit. (*kan aku dah cakap pekan kuah ni semua dekat,, hehe*). masuk free je. sambil lepak2, rendam kaki dalam air panas, tengok sawah sawah padi. memang relax..
Kolam Air panas
Lepas dah habis, ok time for shopping sebelum kena gerak balik  ke KL. kitaorg shopping dekat Haji Ismail Group. kat situ memang banyak sangat coklat Malaysia n import murah2. untuk aku, aku keluarkan duit utk shopping lagi banyak dari cost perbelanjaan aku di Langkawi. biasalah dah nama pun coklat. mana cukup kalau shopping sikit. hehe..
Shopping !!

Last day, sebelum balik, kitaorg makan dulu dekat gerai tepi airport yang aku makan masa 1day tu. yang bestnya gerai tu,, sebab betul2 mengadap laut. sambil makan cendol, dengar ombak laut, rasa angin.. rinduuu oii..
Hari pun dah lewat. kena pergi airport, pulang kereta dekat airport and terpaksa lah ucap selamat tinggal Langkawi. insyaallah akan pergi lagi.