Ok Cara untuk ke Pulau Redang, ada dua cara. satu korang boleh naik flight turun di Kuala Terengganu Airport. dan satu lagi, kalau nak jimat boleh la naik bus dan turun di Terminal Kuala Terengganu. Jetty ada dua. satu terletak di Merang. Merang ni aku tak recommend sangat. sebab dia lagi jauh dari airport dan terminal. kalau yang mana drive kereta sendiri tu boleh la terus ke Merang Jetty. dan satu lagi terletak di Shah Bandar Kuala Terengganu. dari terminal bus, boleh jalan kaki kalau nak jimat macam aku. dalam 10-15 minit untuk berjalan ke Jetty Shah Bandar. kalau malas nak jalan kaki tu boleh naik teksi. tambang lebih kurang RM10. Dan pada siapa yang naik flight tu, dari Kuala Terengganu Airport boleh ambik teksi ke jetty Shahbandar. perjalan lebih kurang 30-40 minit dan tambang teksi ke jetty ShahBandar lebih kurang RM30-RM40.
Untuk siapa yang ambik pakej macam aku, dia boleh terus ke kaunter agen tu. tunjuk resit dan terus dapat tiket ferry. untuk siapa yang main redah je tanpa booking, boleh beli tiket ferry RM50 satu hala. and jangan lupa bayar tiket marine park RM5 sebelum naik ferry. and ingat jangan buang tiket tu. hari tu hampir tiket tu aku nak buang. sebaik masih ada dalam beg. sebab nanti hari ke 2 snorkeling, abang boat tu akan mintak tiket tu untuk snorkeling di Marine Park. ohh lupa nak cakap, jadual ferry adalah pukul 9 pagi.10.30 pagi dan 3 ptg. disarankan ambik ferry waktu pagi sebab, pukul 2 ptg dah ada aktiviti snokerling. kalau ambik ferry ptg, korang akan terlepas satu sesi. so pada yang naik bus dari KL macam aku, korang boleh ambik bas tengah malam. sebab perjalan dari KL ke Kuala Terengganu makan masa 7 jam. dan pada siapa yang naik flight tu, kalau boleh ambik lah tiket yang paling awal. biasanya tiket paling awal dalam pukul 7.30 pagi. so korang akan sampai Kuala Terengganu Airport dalam pukul 8.30 pagi. n kena terus rushing ke Jetty shah Bandar. sebab ferry pertama bertolak pukul 9 pagi.
Perjalanan Ferry pula makan masa 1 jam 30minit - 2jam. Memang sempat lagi korang nk tidur satu round. so siapa yang naik bus dari KL tu, perjalanan pergi 12 jam, perjalanan balik dari pulau 12 jam. untuk perjalanan je dah boleh kira satu hari percutian. haha.
memandang kitaorg ambik ferry pukul 9 pagi, sampai Pulau Redang dalam pukul 11 lebih.
Day 1:
Bila dah nak dekat sampai Pulau tu, korang memang kena tukar ferry. sebab ferry yang korang naik dari jetty tu tak boleh sampai ke pantai. Bila sampai je, terus terpukau dan ayat yang ashik keluar dari mulut aku cantik gila !!!! Laut dia memang biru habis !! pasir pun putih sangat! memang tak rugi aku plan untuk gi Redang.
ok dari tempat korang turun bot tu (betul2 depan Laguna Redang), boleh la carik tempat penginapan yang korang nak. macam Redang Lagoon, jalan beberapa tapak je dah sampai.
dah sampai tu, pergi check in dulu. bila dah dapat bilik, kemas barang2, tukar baju apa semua. sebab pukul 12 dah start makan tengah hari. makanan kat sana semua buffet. so boleh la tambah berapa banyak yang korang nak.
lepas makan tengah hari, pukul 2 ptg dah ada aktiviti snorkeling. untuk mask dan life jaket korang kena tambah lain. aku bayar dalam RM20. duit pakej tak temasuk harga untuk equipment snorkeling.
Lepas balik snorkeling tu aku rehat, n minum ptg. lepas minum ptg tu boleh sambung snorkeling tepi pantai. untuk siapa yang takut untuk snorkeling kat deep sea tu, snorkeling kat tepi pantai pun dah cukup. air pun jernih. ikan pun banyak. untuk bagi ikan2 kat redang ni, aku beli satu buku gardenia. tu pun tak cukup. sebab ikan kat sana mmg semua nya kelaparan. belum sempat bagi roti, dah gigit tangan. haha.
Malam pulak kitaorg dinner dengan BBQ. korang boleh pangang lauk berapa banyak yang korang nak. sebab semuanya dah termasuk dengan harga pakej.
Day 2:
Pagi2 pukul 6 dah ramai dah orang lepak kat tepi pantai. sebab nak tengok sunrise. yela bila lagi kan nak rasa suasana macam ni. Breakfast start pul 7.30 pagi. kalau boleh time makan korang datang la secepat yang boleh. bila korang datang lambat, lauk pun banyak habis. lepas makan, siap2 sebab pukul 9 pagi dah ada aktiviti snorkeling dekat marine park. bawak lah tiket marine park tu skali. sebab abang2 boat tu akan mintak tiket tu. macam kitaorg yang tak tahu ni, dia suruh balik ke bilik ambik tiket Marine Park tu.
Dekat Marine park ni ialah tempat snorkeling yang paling best. banyak gilaa ikan besar2 yang korang boleh nampak. air pun jernih. untuk siapa yang tak nak main jauh tu, boleh la duduk tepi2 pantai tu macam budak2 kecik yang datang sini. kat tepi2 tu pun dah banyak dah ikan berenang2 kat sebelah.
Balik je dari Marine Park dalam pukul 12 tengah hari. mandi, tukar baju and terus pergi cafe untuk lunch. lapar woii. duduk dalam laut lama2. lepas makan tu, ada lagi satu sesi snorkeling pukul 2ptg. tp disebabkan geng2 aku ni dah tak larat mengantuk pening semua ada, so decide untuk tak pergi snorkeling ptg tu and rehat dan tidur dalam bilik. dan puas tidur, bangun untuk minum petang, lepas tu sambung snorkeling tepi pantai.
Malam macam biasa, dinner, lepas dinner lepak tepi pantai sebelum tidur.
Day 3:
Last day dekat redang, bangun pagi sarapan. pukul 10 pagi dah kena check out. sebab pukul 11 pagi dah kena naik ferry. macam biasa naik ferry kena ada transit sebelum naik ferry besar. dah sampai Kuala Terengganu, makan, shopping n berangkat untuk pulang. Insyaallah, ada rezeki akan datang Redang lagi.
Laut Redang. air dia memang jernih. |
View dari depan Redang Lagoon |
Sunrise |
Waktu malam tepi pantai Bilik Redang Lagoon. besar dan selesa. Room with airconditional.
with attach bathroom. bilik air pun bersih.
|